Premier Sarawak Meriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri BDA

Disiarkan pada 17 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memeriahkan Majlis Ramah Tamah anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini pada Selasa.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Paragon Street Mall, Bintulu menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum dan agama dari sekitar bandar ini.

Sebanyak 32 gerai makan menyajikan pelbagai juadah raya kepada para tetamu yang hadir.

Terdahulu, dalam majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan masing-masing sebanyak RM5,000 daripada BDA kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Bintulu dan Pusat Latihan Dalam Komuniti Gemilang.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan serta tetamu kenamaan lain.-EDISI UKAS