Raikan Perayaan Bersama Bina Pemahaman Dalam Masyarakat Majmuk

Disiarkan pada 17 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
SARIKEI: Semua kumpulan etnik meraikan pelbagai perayaan antara satu sama lain telah berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak.
 
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato' Sri Huang Tiong Sii berkata, beliau memuji rakan-rakan Muslim yang bersikap ramah dan mengalu-alukan semua kumpulan etnik menyambut perayaan ini.
 
Pada masa yang sama, kaum Cina, Dayak dan kumpulan etnik lain juga turut sama meraikan Hari Raya Aidilfitri bagi merapatkan silaturahim serta memeriahkan perayaan tersebut.
 
Menurutnya, adat dan budaya semua kumpulan etnik haruslah saling menghormati dan bertolak ansur serta mengamalkan nilai murni yang tinggi.
 
Oleh itu, rakyat mesti memelihara dan terus mengamalkan adat dan budaya tersebut, demikian menurutnya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok dalam Program Kunjungan Hari Raya Aidilfitri 2024 di kawasan Sarikei pada Isnin.
 
Dalam pada itu, Dato' Sri Huang telah memperuntukkan dana untuk pembangunan kampung Melayu supaya dapat meningkatkan kemudahan di kampung berkenaan.
 
Hadir sama ialah Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Anthony Tan Hieng Kiek, Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Ling Dien Yong dan Kaunselor Ling Chai Yun. -EDISI UKAS