ADUN Tanjong Datu 'Berjarah Raya' Ke 7 Buah Rumah

Disiarkan pada 17 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan mengadakan kunjungan 'berjarah Raya' ke tujuh buah rumah di kawasan Tanjong Datu pada malam Selasa.

Beliau mengambil inisiatif mengadakan ziarah Aidilfitri pada sebelah malam ke rumah Penghulu Jumahdi Sabian yang turut disertai oleh Ketua-Ketua Kaum Zon Sematan.

Di Sematan, beliau turut singgah ke rumah Ketua Kaum Awang Helmi Awang Panji dan rumah Kaunselor Mohamad Naieem Samsudin di Kampung Tanah Hitam 2. 

Kunjungan beliau seterusnya diteruskan ke rumah Pemanca Bentani Suni di Kampung Stunggang Melayu Baru dan ke rumah Penghulu Jamer Katai di Kampung Stunggang Melayu Lama.

Selain itu, beliau turut mengunjungi rumah Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu iaitu Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab yang mana turut dihadiri oleh Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Tanjong Datu di Kampung Sileng Melayu Lundu.

Rumah terakhir 'berjarah Raya' malam itu diadakan di rumah Penghulu Sarkawi Nawi di Kampung Sampadi Lundu yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Kaum di Zon Sampadi.

Azizul turut menjemput semua untuk datang ke rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri yang akan diadakan pada 21 April 2024 iaitu Ahad ini di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu. -EDISI UKAS