ADUN Baleh Lakukan Lawatan Kerja Di Konstituensinya

Disiarkan pada 17 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai meneruskan lawatan kerjanya dengan meninjau dua lagi rumah panjang iaitu Rumah Jimmy Jarau dan Rumah Rumpun di Nanga Sekeroh Tengah, Sungai Oyan, Kapit pada Selasa.
 
Berucap semasa di Rumah Jimmy Jarau, beliau berkata Kerajaan sentiasa membantu penduduk khasnya kebajikan mereka yang masih tinggal di rumah panjang atau kawasan pedalaman.
 
Justeru, beliau memohon penduduk agar sentiasa bekerjasama memanfaatkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk penyelenggaraan rumah panjang.
 
Beliau juga berharap agar penduduk rumah panjang bekerjasama menjaga keadaan rumah panjang agar tidak terbiar dan usang.
 
Sementara itu semasa melawat Rumah Rumpun, beliau berkata mengambil maklum permohonan Tuai Rumah Rumpun agar pembinaan jalan raya di seberang rumah panjang mereka dilencongkan sedikit agar mengenai empangan air paip mereka.
 
Ia termasuk permohonan pembinaan jalan simen menuju ke kawasan sungai bagi memudahkan mereka mengangkut barang dari sungai.
 
Nicholas dalam pada itu akan berusaha membantu dan memasukkan permohonan tersebut di dalam peruntukan perancangan di masa akan datang serta agensi Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyediakan kertas kerja. - EDISI UKAS