Premier Sarawak Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Sarawak

Posted on 16 Apr 2024
Source of News: UKAS


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkesempatan berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di kediamannya pada malam ini.

Ketibaan Premier Sarawak pada jam 8.03 malam tadi disambut meriah oleh Datuk Amar Mohamad Abu Bakar dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang serta ahli keluarganya. 

Dalam majlis tersebut, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar turut menyampaikan cenderamata serta merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Premier Sarawak.

Turut hadir mengunjungi majlis rumah terbuka tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel bersama isteri, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.

Terdahulu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar turut berkesempatan menyantuni tetamu jemputan yang mula datang seawal jam 7 malam sebelum ketibaan Premier Sarawak.

Premier Sarawak serta isteri dijadualkan menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Naim Paragon Street Mall esok. - EDISI UKAS