MUKAH: Semangat berpasukan amat penting dalam sesebuah organisasi untuk terus bergerak ke hadapan.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, biarpun dalam hierarki ketua memegang carta teratas, namun ia bukan penanda aras untuk sesuatu organisasi itu berjaya, sebaliknya peranan yang dimainkan oleh mereka.
“Disebabkan itu, semangat berpasukan amat penting bagi memastikan kita sentiasa berada dalam satu pasukan, haluan dan hala tuju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Pengembangan & Transformasi Minda Sempena Sambutan Perayaan 100 Tahun Jabatan Pertanian Sarawak di Dewan Sri Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Mukah.
Tambah beliau, pekerja senior perlu berkongsi kesusahan, pengalaman dan ilmu kepada pekerja baru bagi memastikan mereka sentiasa melakukan tanggungjawab dengan baik serta mencintai pekerjaan yang ada.
Dalam pada itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi memberitahu, integriti juga perkara paling penting dalam alam pekerjaan supaya pekerja lebih profesional dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Pada malam itu juga majlis penyampaian hadiah untuk Sukan Pertanian Sarawak (SUPERSAR) Edisi 2024 dimana Pasukan Miri menjadi Juara Keseluruhan SUPERSAR 2024, diikuti naib juara Samarahan dan ketiga Kuching.
Anugerah atlit lelaki dan wanita masing-masing dimenang oleh Rizal Abdullah dan Natalia Kalang, kedua-duanya dari Miri.
Pertandingan mencipta logo Kelab Jabatan Pertanian Sarawak dimenangi oleh Encik Jame ak Kuh dari Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok menewaskan 9 lagi peserta dengan memenangi wang tunai RM1,000.
Abdul Qayyum Aman dari Institut Pertanian Sarawak pula memenangi acara '100 Days Biggest Loser Challenge' dan telah memenangi wangi tunai RM2,000.
Agro Beauty Queen telah dinobatkan kepada Farisa Albert Ulie, kedua Jasika Puyang Andrew Enyau, ketiga Sendry Bakat yang juga memenangi "Best Dress", keempat Vanieda Rosa Franky dan kelima Mariane Aut manakala untuk "Agro Popular Queen" dianugerahkan kepada Sharifah Nur Syahmina binti Wan Saiful Bahari.
Hadiah dan Anugerah telah disampaikan oleh Dato Sri Dr Stephen Rundi dan isteri, Datin Sri Loreta Sawot.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Haji Arbi, ADUN Tellian Royston Valentine dan Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat. -EDISI UKAS