Program Ngiradan Ngirumang Dimasukkan Dalam Kalendar Pelancongan Sarawak

Disiarkan pada 16 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


TEBEDU: Program Ngiradan Ngirumang yang sebelum ini termasuk dalam kalendar pelancongan Bahagian Serian kini dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak.

Program ini akan melibatkan pihak dari Kecamatan Entikong, Kalimantan Barat Indonesia.

Dalam mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Ngiradan Ngirumang kali ke-3 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw pada Selasa, ahli-ahli mesyuarat memutuskan untuk mengadakan program tersebut pada 27 April depan di Dewan Masyarakat Tebedu.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan hadir untuk merasmikan program tersebut nanti. 

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah, wakil Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Mona Octavia Sulai, Pemanca Bidayuh Daerah Tebedu Kane Manung, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Patehi Abdul Rahman dan wakil Residen Serian Wee Chung Yee. -EDISI UKAS