BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyalurkan sumbangan dan bantuan makanan kepada mangsa kebakaran di Rumah Julia, Muara Bunut.
Selain itu, sumbangan yang diberikan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab beliau untuk membantu mangsa kebakaran yang ditimpa musibah, supaya sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka.
Datuk Ding Kuong Hiing turut berasa simpati semasa menyerahkan sumbangan tersebut dan berharap agar keluarga mangsa kebakaran sentiasa tabah dalam menempuhi dugaan serta cabaran.
Jika terdapat sebarang masalah dan permohonan bolehlah merujuk kepada Agensi Jabatan Kerajaan yang terlibat amnya Bencana Daerah Meradong, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Meradong dan lain-lain sebagai rujukan.
Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Pengerusi Kelab Badminton Kenyalang Billy Undau, Penghulu Abas Banyi, Tuai Rumah Julia Iging, Kapitan Pat Kam Peng dan Kapitan Ling Nie Hoe. -EDISI UKAS