TATAU: Program Miring Nasih Ai sempena Pesta Tatau 2024 telah disertai kira kira 200 orang terdiri daripada Ketua Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau serta masyarakat sekitar.
Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, semasa program Miring Nasih Ai yang dijalankan.
Miring Nasih Ai diadakan bagi memohon kelancaran dan keselamatan bagi acara-acara sukan air iaitu Regatta dan Power Boat yang akan diadakan sempena Pesta Tatau 2024.
Untuk rekod setakat ini terdapat 97 penyertaan dengan 18 pasukan akan menyertai bagi acara Regatta yang berlangsung pada 7 hingga 8 September kelak, manakala bagi acara Powerboat telah menerima sebanyak 172 penyertaan dengan 78 pasukan dan diadakan pada 14 hingga 15 September 2024
Raja Sungai akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. -EDISI UKAS