Perayaan Gawai Dayak Peringkat Lundu 22 Mei Depan

Disiarkan pada 16 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Sambutan Perayaan Gawai Dayak peringkat Daerah Lundu bagi tahun 2024 dijadualkan berlangsung pada 22 Mei depan. 

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat sulung Sambutan Perayaan Gawai Dayak peringkat Daerah Lundu 2024 pada Isnin. 

Menurut pengerusinya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, sambutan awal ini akan menyemarakkan lagi semangat perpaduan berbilang kaum di daerah Lundu dan Sematan.

Dalam pada itu, mesyuarat sebulat suara memutuskan program itu nanti akan merangkumi dua segmen iaitu Perarakan Gawai Dayak Daerah Lundu dan juga Majlis Makan Malam Gawai Dayak Daerah Lundu 2024.

Antara lain objektif penganjuran program tersebut ialah mempromosikan kepelbagaian kebudayaan yang terdapat di daerah ini.

Hadir sama dalam mesyuarat ialah Pemangku Pegawai Daerah Lundu Zulkipli Morshidi. -EDISI UKAS