BETONG: Pusat Kegiatan Warga Emas Debak dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kecil Debak telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Millennia, Debak pada Ahad.
Majlis yang dihadiri hampir 200 penduduk kampung telah dimeriahkan dengan kehadiran Temenggong Piee Alwi.
Beliau hadir bagi mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Datuk Mohammad Razi Sitam dan memberikan sokongan kepada acara yang menyatukan masyarakat setempat ini.
Kemeriahan majlis ini semakin terserlah dengan persembahan bunga api yang memukau serta nyanyian merdu oleh D'Klasik Band di bawah naungan Pusat Kegiatan Warga Emas.
Persembahan ini berjaya mencuri tumpuan dan menghidupkan suasana di dewan.
Program ini bukan sahaja memupuk semangat patriotisme tetapi juga berperanan penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung, JKKK dan pelbagai NGO.
Usaha ini memastikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kampung terus terpelihara.-EDISI UKAS