Program OACP Perkasa Integriti Penjawat Awam,Cakna Dalam Isu Integriti & Rasuah

Disiarkan pada 02 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Program Pengendalian Aduan di Bawah Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) menjadi platform untuk memperkasakan penjawat awam dalam pengurusan aduan dengan saluran yang betul.

Program anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pustaka Negeri Sarawak pada Isnin bertujuan agar penjawat awam cakna berkenaan isu integriti dan rasuah serta berani tampil untuk membuat aduan di saluran yang betul.

Pengisian program tersebut mencakupi ceramah daripada empat pegawai antaranya daripada Ketua Bahagian Ombudsman, UNION, Mohamad Zakaria Abdul Wahab, Penolong Kanan Penguasa Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azmizam Abdullah, Penolong Pengarah dari Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS), Ts. Ahmad Arif Datu Ahmad Denney dan Ketua Penolong Pengarah UKAS Dr Charlie Dudang.

Pelbagai perkongsian daripada penceramah dan peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dalam program yang dianjurkan termasuk menjawab segala kemusykilan penjawat awam dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien dan proaktif.-EDISI UKAS