SIMUNJAN: Kemajuan projek pembinaan pintu air di Kampung Tanjung Pisang di sini kini berada pada tahap 80 peratus siap.
Projek yang bernilai RM4.1 juta itu sedang dalam fasa akhir menunggu pelaksanaan kerja pembinaan “gabion wall” sebelum dapat disiapkan sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, ketika melawat tapak projek itu berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan, dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan sebagai agensi penyelia.
Menurut beliau, lawatan itu penting untuk memastikan setiap aspek pelaksanaan projek berjalan lancar tanpa sebarang halangan atau masalah.
Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan Bojeng Ali, serta Ketua PBB Zon 4 Rangawan Rafendy Ariffen. – EDISI UKAS