Lebih 2,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfiri PBB N.55 Nangka

Disiarkan pada 16 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

SIBU: Lebih 2,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfiri 2024 anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.55 Nangka.

Majlis rumah terbuka berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu pada Ahad.

Kehadiran para pengunjung telah disambut mesra oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing.

Selain itu, pelbagai jenis juadah makanan disajikan untuk dinikmati oleh para pengunjung yang hadir.-EDISI UKAS