Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi & Isteri Teruskan Kunjungan Aidilfitri Di Miri

Disiarkan pada 16 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah meneruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri di Miri pada Isnin.

 

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri memulakan kunjungan mereka di kediaman Temenggong Dato Abdul Rahman Fazail pada sekitar jam 11:30 pagi.

 

Selepas itu, beliau bersama rombongan berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni dan kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat.

 

Beliau mengakhiri kunjungannya di kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isterinya, serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. -EDISI UKAS