Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi & Isteri Beri Penghormatan Terakhir Kepada Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg

Posted on 27 Aug 2024
Source of News: UKAS



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir memberi penghormatan terakhir kepada kakak Premier Sarawak, Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg di kediaman Allahyarhamah pada Selasa.

Beliau dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di kediaman Allahyarhamah sekitar tengah hari tadi di No. 54, Sri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah, Kuching.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang, yang diiringi oleh keluarga terdekat.

Upacara pengebumian akan dilangsungkan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Dayang Meliah, berusia 89 tahun merupakan anak ketiga daripada 10 adik-beradik dan telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah sekitar jam 1.50 pagi tadi. -EDISI UKAS