Datuk Sebastian Ting Adakan Kunjungan Raya Di Piasau

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan,  Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman ketua masyarakat dan ketua kaum di kampung-kampung dalam kawasan Piasau.
 
Antara kediaman yang dikunjungi ialah Timbalan Datuk Bandar Miri Ariffin  Mohamad, Pemanca Abang Mohamed Dato Sri Abang Othman, Penghulu Samad Alip, Temenggong Dato Abdul Rahman dan ketua-ketua kaum yang lain.
 
Semasa ditemui pemberita, Datuk Sebastian Ting berkata, musim perayaan di Sarawak dapat mencerminkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.
 
Jelasnya, keunikan yang ada ini perlu dikekalkan dan diwarisi generasi masa depan. -EDISI UKAS