Datuk Abdullah Rai Pengamal Media & Sukarelawan di PMU

Disiarkan pada 24 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS), Datuk Abdullah Saidol telah meraikan para pengamal media serta para sukarelawan di Pusat Media Utama (PMU) di sini pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu telah membelanjakan juadah menarik seperti mee sup tulang untuk para petugas yang telah bertugas sejak 9 Ogos yang lalu termasuk dua anggota Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Difahamkan, para petugas kini sedang membuat persiapan bagi Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada Sabtu, jam 8:30 malam.

Turut berlangsung, sesi taklimat penyelarasan petugas pergerakan petugas produksi bagi jurugambar dan juruvideo yang telah dikendalikan oleh Seksyen Pengurusan Komunikasi, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). -EDISI UKAS