MIRI: Sebagai tanda persahabatan dan penghargaan, Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Sarawak, Kapten Ariffin Abdul Aziz telah menyampaikan cenderahati kepada wakil atlet pelayaran yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.
Simbolik penyampaian tersebut diserahkan kepada negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Perak, Sabah, Selangor, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan.
Majlis penyerahan cenderahati tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak/Kanak merangkap Ketua Kontinjen Sarawak bagi acara Sukan Pelayaran, Datuk Rosey Yunus pada Jumaat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Persatuan Pelayaran Negeri Sarawak dalam mengukuhkan hubungan baik antara negeri-negeri sambil menggalakkan semangat kerjasama dan persahabatan di kalangan atlet pelayaran seluruh negara.-EDISI UKAS