Rumah Terbuka Hari Raya Anjuran Datuk Amar Awang Tengah Meriah

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
LAWAS: Majlis Rumah Terbuka Raya anjuran Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berlangsung meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka berkenaan.
 
Majlis tersebut bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang bertempat di kediamannya di sini.
 
Rata-rata pengunjung yang datang daripada pelbagai kaum di Lawas menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan.
 
Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak(M-FICORD) Datuk Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran. -EDISI UKAS