Premier Sarawak Teruskan Kunjungan Rumah Terbuka Aidilfitri

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri ke kediaman Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Ahad. 

 

Sekitar jam 3:20 petang, Datuk Patinggi Abang Zohari serta isteri disambut meriah oleh Dato Sri Abdul Karim dan isterinya Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar. 

 

Beliau telah meluangkan masa dalam kira-kira lebih setengah jam sebelum berangkat pulang. 

 

Terdahulu, Premier Sarawak telah mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman di Hikmah Exchange Event Centre.

 

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian dan isterinya, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan dan dif-dif kenamaan lain. -EDISI UKAS