Projek Naik Taraf Prasarana PPD Meradong Siap Sepenuhnya

Disiarkan pada 23 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


BINTANGOR: Projek menaik taraf prasarana tempat letak kenderaan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong yang bernilai RM100,000 telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ini merupakan satu inisiatif kerajaan Sarawak dalam mensejahterakan rakyat dan menambah kemudahan serta keperluan di kawasan Meradong.

Beliau juga memuji segala spesifikasi projek telah diikuti dan telah siap lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 15 September 2024.

Semasa lawatannya ke PPD Meradong pada Khamis, beliau berharap projek ini kelak dapat memberi manfaat kepada kakitangan di situ.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor kerana telah menyiapkan projek tersebut dengan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya dijangkakan siap. -EDISI UKAS