KMKK Beragama Islam Terima Kunjungan ADUN Opar

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang beragama Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar menerima kunjungan daripada wakil rakyat mereka, Billy Sujang pada Khamis. 

Antara yang sempat dilawati oleh beliau ialah rumah Kaunselor Mohd Nazrul Firdaus Abdullah di Kampung Temaga Dayak, Penghulu Jumahdi Sabian di Kampung Temaga Melayu, Ketua Kaum Othman Ibrahim di Kampung Temaga Melayu, Muaz Abdullah di Kampung Semunin Jaya, Sulong di Kampung Sileng Melayu, dan Ketua Kaum Umar Abdullah di Kampung Tembawang Sauh.

Dalam kesempatan itu, Billy turut berkesempatan berkunjung ke rumah terbuka penduduk di kawasan beliau. 

Mengiringi beliau dalam kunjungannya ialah Pemangku Pegawai Daerah Lundu Zulkipli Morshidi. -EDISI UKAS