Billy Pantau 2 Projek RTP Di DUN Opar

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang telah hadir dalam sesi pemeriksaan akhir dua projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar. 

Projek yang kini berada dalam peringkat akhir perlaksanaannya ialah projek naik taraf jalan pertanian dan kubur lama di Kampung Tanjam. 

Manakala itu, projek kedua yang diperiksa Billy ialah projek naik taraf jalan pertanian di Kampung Paon. 

Lawatan yang dibuat pada Selasa lalu bertujuan untuk memastikan pihak kontraktor dapat memberikan hasil dan kualiti projek yang terbaik kepada penduduk kawasan terlibat. 

Dalam lawatan beliau, Billy diiringi oleh pegawai dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Kuching. -EDISI UKAS