Perjalanan Skuad Sarawak Bola Tampar Pantai Terhenti

Disiarkan pada 21 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


LUNDU: Perjalanan skuad Bola Tampar Pantai Sarawak terhenti dengan kekalahan yang dialami oleh regu Sarawak B kepada regu Kedah A.

Regu Sarawak B kalah kepada Kedah A dengan straight set 19-21,15-21.

Meskipun kalah, namun atlet Sarawak memberikan tentangan hebat kepada pasukan lawan.

Dalam pada itu, kedua-dua regu pasukan Bola Tampar Pantai wanita Sarawak telah kalah kepada regu Pulau Pinang di mana regu Sarawak B kalah kepada Pulau Pinang A dengan mata 13-21,8-21 manakala regu Sarawak B kalah kepada regu Pulau Pinang A dengan kiraan mata 15-31,15-21.

Hadir menyaksikan perlawanan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang selaku ACDM Sarawak bagi sukan Bola Tampar Pantai dan Kabaddi.

Beliau juga berkesempatan untuk merasmikan SUKMA Kitchen yang diadakan bersempena dengan Karnival SUKMA XXI Sarawak 2024 Daerah Lundu di pekarangan Pejabat Daerah Lundu.-EDISI UKAS