ADUN Simunjan Turun Padang Tinjau Projek Naik Taraf Dewan Kampung Kelka

Disiarkan pada 21 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bersama pihak Pejabat Daerah Simunjan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan telah turun kawasan bagi meninjau projek di dalam pelaksanaan.

Tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk memantau prestasi fizikal di tapak projek menaik taraf Dewan Kampung Kelka yang bernilai RM600,000.

Selain itu, tinjauan dilakukan untuk membincangkan isu-isu yang berlaku semasa pelaksanaan projek bagi meningkatkan prestasi kemajuan fizikal dan memastikan projek-projek ini dapat disiapkan dalam tempoh dijadualkan.

Awla Dris juga berharap pihak kontraktor yang telah dilantik dapat memberikan komitmen dan berusaha untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan memandangkan jumlah yang telah diperuntukkan adalah agak besar.

Projek ini merupakan projek di bawah peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN.-EDISI UKAS