Premier Sarawak Serikan Rumah Terbuka Hari Raya Dato Sri Fatimah

Disiarkan pada 14 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku telah menyerikan rumah terbuka Aidilfitri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah pada Ahad. 

 

Ketibaan Datuk Patinggi Abang Zohari dan isteri pada pukul 11:15 pagi disambut oleh Dato Sri Fatimah Abdullah dan keluarganya. 

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi dan isterinya. 

 

Terdahulu, beliau telah menghadiri rumah terbuka mantan Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim. 

 

Selepas itu, Premier Sarawak dijadualkan menghadiri rumah terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. -EDISI UKAS