MINTRED Wujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database

Disiarkan pada 20 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS



KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berusaha mewujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database.

 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya memerlukan kerjasama daripada para agensi kerajaan untuk berkongsi data sedia ada di antara satu sama lain.

 

Katanya, pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta keusahawanan di Sarawak dengan Semenanjung dan Sabah adalah tidak sama dan pendekatan yang berbeza hendaklah digunakan.

 

Beliau berkata semasa menghadiri Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) Bil 1/2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.

 

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang turut dihadiri oleh exco dan wakil dari setiap negeri.

 

Turut hadir ialah Penasihat MINTRED Dato Sri Naroden Majais. -EDISI UKAS