LUNDU: Kedua-dua pasukan regu Sarawak tumpas di tangan Selangor dan Pulau Pinang dalam suku akhir acara bola tampar pantai di Union YES Retreat Centre pada Selasa.
Pasukan Sarawak B telah kalah kepada regu Pulau Pinang dengan mata 13-21 dan 8-21 manakala regu lelaki Sarawak B kalah kepada regu Pulau Pinang A dengan kiraan mata 15-31 dan 15-21.
Pusingan separuh akhir bagi bola tampar pantai wanita akan diadakan pada Khamis ini.
Pada sebelah petang, regu lelaki Sarawak B akan bertemu dengan pasukan Kedah A bagi pusingan kalah mati.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup. -EDISI UKAS