Sarawak Akur Kehebatan Wilayah Persekutuan Dalam Ping Pong

Disiarkan pada 20 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Pasukan Sarawak ditewaskan oleh Wilayah Persekutuan 1-4 dalam acara ping pong Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di SJK Chung Hua No.3 pada Selasa.

 

Perseorangan wanita, atlet Sarawak Annie Siaw Mei Kong dikalahkan oleh Jing Shuen Lim dengan markah 4-11, 2-11, 6-11 manakala dalam kategori perseorangan lelaki, Cody Shi Hao Ting turut ditewaskan oleh Caleb Zi An Hong dengan markah 11-8, 8-11, 2-11, 11-5, 11-13.

 

Dalam kategori beregu lelaki, Raphael Li Xuan Wong dan Yip Wei Rong berjaya mengutip satu markah untuk skuad Sarawak dengan menewaskan pasangan Yee Jat Lee dan Yi Heng Tan, 13-11, 11-9, 11-9.

 

Pasangan Sarawak Joanne Wong Chii Jie dan Josyne Ngu Jya Synn ditewaskan oleh Wilayah Persekutuan, Jia Wei Ng dan Jing Fei Chan dalam kategori beregu wanita dengan markah 7-11, 7-11, 11-7, 8-11.

 

Kategori beregu campuran Sarawak, Benjamin Khang Chenn Thian dan Joanne Yu Xi Chen juga ditumpaskan oleh pasangan Jin Zhen Im dan Ai Lis Gan dengan markah 6-11, 11-9, 5-11, 11-8, 7-11.

 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian telah hadir bagi menyaksikan perlawanan antara Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

 

Terdahulu pada sesi pagi, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melakukan kunjungan ke venue sukan itu bagi meninjau keadaan. -EDISI UKAS