SUKMA 2024: Sabah Sekat Impian Skuad Sepak Takraw Wanita Sarawak

Disiarkan pada 20 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


BINTULU: Harapan skuad sepak takraw wanita beregu Sarawak untuk mara ke perlawanan akhir ranap selepas tewas di tangan Sabah dalam aksi berlangsung di Stadium Muhibah pada Isnin.

Tuan rumah gagal memanfaat kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila tewas di tangan pasukan negeri di bawah bayu itu.

Pemain Sarawak kelihatan gugup serta melakukan banyak kesilapan mudah mengakibatkan mereka hilang fokus pada kedua-kedua set.

Kesempatan itu digunakan oleh Sabah untuk menang di set pertama dengan kemenangan 15-1 dan disusuli kemenangan set kedua dengan 15-4. -EDISI UKAS