Buruan Pingat Skuad Sepak Takraw Berpasukan Lelaki Sarawak Berakhir

Disiarkan pada 20 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


BINTULU: Skuad sepak takraw berpasukan lelaki Sarawak menamatkan cabaran dalam misi pemburuan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI selepas tewas kepada Johor, 2-0 pada Isnin.

Dalam perlawanan pusingan kedua berkumpulan di gelanggang C Stadium Muhibah pada Isnin, barisan pemain Sarawak, Hamizan Baqi Saban, Muhammad Nazril Azhar, Ronalddinho Antau dan Vindhelsen Petrus tewas tipis 11-15 di set pertama.

Bagaimanapun, Sarawak ketinggalan jauh di set kedua dengan mata 4-15.

Terdahulu, dalam perlawanan pusingan pertama berkumpulan menentang Melaka, pasukan Sarawak berjaya menundukkan lawan dengan mudah 2-0. - EDISI UKAS