KUCHING: Pasukan tenpin bowling Sarawak gagal meneruskan rentak cemerlang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 apabila meraih gangsa dalam saingan berpasukan lelaki dan wanita.
Pasukan wanita Sarawak yang membariskan Lavinia Jia Jie Kho, Claudia Kumang Jackson, Dayang Yumi Azreen, Nur Hazirah Ramli dan Asya Dania mencatatkan jatuhan pin sebanyak 5,462 sekali gus memastikan kedudukan di tempat ketiga.
Selangor menggondol pingat emas dengan jatuhan 5,598 pin, manakala Sabah meraih pingat perak dengan mengumpul 5,552 pin dalam aksi berlangsung di Megalanes, Emart Batu Kawa, pada Isnin.
Dalam saingan berpasukan lelaki pula, wakil Sarawak, Eldred Yek Zhen Kho, Cornelius Aldhelm Sajat, Ethan Damien Chen Ming Goh, Muhammad Ihsan Fikri dan Fan Yew Tsen melakukan jatuhan pin sebanyak 5,828 untuk gangsa milik mereka.
Pulau Pinang gah selaku juara dengan jatuhan pin sebanyak 5,915, disusuli Johor dengan jatuhan pin sebanyak 5,907. -EDISI UKAS