KUCHING: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli melawat venue sukan menembak bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Lapang Menembak, Petra Jaya pada Isnin.
Mengiringi Baginda, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee.
Baginda berkesempatan melawat tiga lapang menembak iaitu lapang menembak 10 meter, 25 meter dan 50 meter.
Raja Muda Kedah juga berkesempatan menyaksikan pusingan kelayakan bagi acara wanita pistol udara 10 meter relay kedua yang berlangsung.
Pertandingan akhir bagi acara wanita pistol udara 10 meter bakal berlangsung pada pukul 2 petang kelak.
Berita penuh akan menyusul. -EDISI UKAS