Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Dan Isteri Serikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Junaidi

Disiarkan pada 13 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Serikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi.
 
Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri pada pukul 11.30 pagi telah disambut oleh Datuk Abdul Rahman Junaidi dan isterinya Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin serta keluarga.
 
Majlis rumah terbuka tersebut diadakan di Hotel Waterfront Kuching dan dihadiri tetamu jemputan pada Sabtu.
 
Lebih mengujakan apabila pelbagai juadah turut disediakan antaranya mi kolok, lemang, laksa Sarawak dan rendang daging.
 
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang dan tetamu kenamaan yang lain. -EDISI UKAS