Jawatankuasa Bantuan Perubatan, Kecemasan Dan SUKMA XXI Sarawak Bahagian Miri Sedia Memberi Perkhidmatan
Disiarkan pada 19 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS
MIRI: Jawatankuasa Bantuan Perubatan, Kecemasan dan Kesihatan SUKMA XXI Sarawak Peringkat Bahagian Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri telah menyediakan pasukan kesiapsiagaan perubatan dan kecemasan.
Pasukan Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, pasukan pemeriksaan keselamatan dan kualiti makanan dan pasukan pencegahan penyakit Denggi juga turut sama bertugas sepanjang tempoh SUKMA XXI di Miri.
Terdapat enam fasiliti Klinik Statik SUKMA di Perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) yang bertempat di Dynasty Hotel, Imperial Hotel, Imperial Palace Hotel, Eastwood Valley Golf & Country Club, Emart Hotel dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri. – EDISI UKAS