MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan ke venue Lawan Pedang di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini pada Isnin.
Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu disambut oleh Presiden Persekutuan Lawan Pedang Malaysia, Rusni Abu Hassan.
Dato Sri Lee berkesempatan meluangkan masa menyantuni para atlet Sarawak khususnya yang mengambil bahagian pada SUKMA kali ini serta para penyokong pasukan Sarawak.
Beliau turut berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan Sarawak.
Untuk rekod, acara lawan pedang SUKMA kali ini menawarkan sebanyak 12 pingat emas dan telah bermula pada Isnin dengan acara pertamanya iaitu Epee Wanita Individu dan juga acara Foil Lelaki Individu. -EDISI UKAS