Sinar Harapan Buat Pasukan Bola Tampar Pantai Lelaki Sarawak

Disiarkan pada 19 Aug 2024
Sumber Berita: Ukas


LUNDU: Hari ketiga sukan bola tampar pantai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 memberi sinar harapan buat pasukan lelaki Sarawak.

Ini selepas regu Sarawak B menang ke atas regu Sabah B dengan straight set 26-24, 26-24 di Union Retreat Centre, Lundu pada Isnin.

Regu Sarawak B menampilkan semangat juang yang begitu tinggi yang memastikan misi wajib menang itu direalisasikan.

Kemenangan itu juga menebus kekecewaan kekalahan dialami regu Sarawak A di tangan Terengganu A dengan straight set 9-21, 8-21 sekaligus tersingkir daripada mara ke peringkat seterusnya.

Turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektretariat SUKMA, Peter Chee Nyuk Min.-EDISI UKAS