KUCHING: Sarawak gagal memperolehi pingat gangsa dalam acara tenis berpasukan campuran selepas ditewaskan oleh Selangor dengan 2-3 di Gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) pada Isnin.
Dalam acara tenis perseorangan lelaki, atlet Sarawak, Ayden Shah Deen Heshaam berjaya menewaskan Devesh Sarawanan dari Selangor dengan markah 3-6, 2-3.
Pasangan beregu campuran, Shieng Wee Hii dan Hui Yii Soo menundukkan Jon Caleb Valentino dan Mak Zooey dengan markah 6-1, 6-1.
Skuad Sarawak mengutip dua markah dengan menewaskan Selangor dalam acara beregu campuran dan perseorangan lelaki.
Malangnya, Nathanielle Ann Lee dalam kategori perseorangan wanita ditewaskan oleh Sharifah Wan Elsa dengan markah 0-6, 1-6.
Manakala dalam acara tenis beregu lelaki, pasangan Sarawak Matthew Ying Hui Goh dan Raidon Xue Long Tan ditewaskan oleh pasangan Selangor, Christian Andre Liew Sheng dan Hayden Khoo Menon dengan markah 4-6, 2-6.
Pasangan Sarawak, Hii Xin Eliora Xiang dan Lydia Tng En Liong turut dikalahkan oleh Chloe Zhi Jing Chong dan Jo Leen Saw dengan markah 3-6, 1-6.
Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun telah menyampaikan pingat kepada para kontinjen yang menang.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Assistant Chef de Mission (ACDM) Sukan Tenis Dato Henry Harry Jinep dan Presiden SLTA Dato Patrick Liew. -EDISI UKAS