Rumah Terbuka Aidilfitri TPM Terima Kunjungan Tetamu Istimewa

Disiarkan pada 13 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof menerima kunjungan daripada tetamu istimewa. 

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan  Fauziah Mohd Sanusi berkesempatan hadir ke majlis berkenaan pada Sabtu. 

Ketibaan beliau berdua pada jam 10.20 pagi disambut sendiri oleh Dato Dri Fadillah sendiri seterusnya mengiringi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri ke meja makan untuk jamuan. 

Para pengunjung yang datang juga tidak melepaskan peluang bersalaman bersama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi yang sememangnya terkenal dengah sikap ramah dengan penduduk di negeri ini. 

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta jemputan kehormat yang lain. -EDISI UKAS