BINTULU: Atlet muaythai Sarawak Muhammad Mikhail Ghazali meneruskan kemaraan dalam sukan tinju kategori lelaki 51-54 kilogram pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.
Beliau menewaskan petinju Selangor, Norhidham Norhisham dengan mudah melalui pungutan markah 23-2 dalam pusingan ke-16 sekali gus melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Terdahulu, acara dimulakan dengan acara Wai Kru dan Mai Muay bagi merebut pingat gangsa.
Bagi kategori wanita, pingat gangsa acara Wai-Kru telah dimenangi oleh petinju Wilayah Persekutuan, Eddyvicter Emmabell Cassandra.
Bagi kategori lelaki, pingat gangsa turut dimenangi petinju Wilayah Pesekutuan, Mohammad Taufiq Izazi dan Nasrullah Rosli.
Turut dipertandingan adalah pelbagai kategori dengan 16 perlawanan di gelanggang A dan 14 lagi perlawanan di Gelanggang B. -EDISI UKAS