138 Atlet Pelayaran Jalankan Pemeriksaan Bot

Disiarkan pada 17 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS



MIRI: Seramai 138 atlet pelayaran dari 13 negeri telah hadir di Marina Bay pada Sabtu untuk menjalankan pemeriksaan bot sebelum memulakan acara tersebut pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

 

Pemeriksaan yang dilakukan meliputi beberapa aspek penting seperti keberatan bot, kelengkapan bot, serta saiz dan spesifikasi lain yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

 

Ini merupakan prosedur standard untuk memastikan semua bot mematuhi peraturan dan berada dalam keadaan yang sempurna sebelum kejohanan bermula pada 19 Ogos ini.

 

Para atlet dan jurulatih dilihat bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal tiba, dengan harapan agar semua persiapan dapat diselesaikan dengan lancar sebelum hari pertandingan.

 

Sukan pelayaran dijangka akan menyaksikan persaingan sengit antara negeri-negeri terlibat dengan atlet-atlet yang berpengalaman dan berbakat. -EDISI UKAS