Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Balingian Meriah

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BALINGIAN: Seramai 500 pengunjung telah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, pada Jumaat.

Beliau selaku tuan rumah meluahkan rasa syukur kerana dapat melaksanakan sekali lagi majlis tersebut pada tahun ini yang berlangsung di Kampung Masjid Balingian.

Dalam pada itu, Penghulu Pekan Balingian Harbi Baker ketika ditemui media berkata, majlis pada tahun ini sememangnya telah dirancang lebih awal untuk menyantuni masyarakat di sekitar Balingian.

"Alhamdulillah pada petang ini sambutan agak meriah dengan kehadiran dari pelbagai bangsa dan kaum seperti Iban, Cina, Melayu dan Melanau termasuk rakan-rakan dari Mukah serta Bintulu dan Insya-Allah majlis ini akan berjalan dengan baik,” jelas beliau.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Daerah Kecil Balingian Dominic Ahjun serta bariasan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Balingian.-EDISI UKAS