Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi & Premier Sarawak Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia 2024

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memeriahkan lagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia 2024 pada Jumaat.
 
Ketibaan beliau dan isteri pada jam 4.20 petang di sebuah hotel terkemuka di sini disambut oleh Premier Sarawak  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang.
 
Terdahulu, Datuk Patinggi Abang Zohari dan isteri yang tiba sekitar jam 4.05 petang tadi telah disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.
 
Tepat jam 4.30 petang, tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan menjamu selera sambil didendangkan dengan lagu Aidilfitri oleh penghibur tempatan.
 
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kelurga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman. -EDISI UKAS