BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, telah menghadiri majlis perasmian Karnival Gerai Jualan SUKMA XXI 2024 anjuran Pentadbiran Bahagian Bintulu di sini, pada Khamis.
Sebanyak 50 buah gerai usahawan dan agensi swasta yang merupakan gabungan di bawah Majlis Persatuan Usahawan Bumiputera (MPUB) telah dibuka sepanjang tempoh karnival ini berlangsung iaitu 12 Ogos hingga 24 Ogos 2024.
Dalam pada itu, Johnny Pang telah mengadakan walkabout di semua gerai-gerai tersebut bagi melihat sendiri pameran yang ada.
Karnival Gerai Jualan dan pameran sempena temasya SUKMA XXI kali ini tidak tertumpu di Naim Street Mall, Bintulu Paragon malahan sebanyak 10 gerai dan 5 foodtruck turut dibuka di Stadium Muhibbah Bintulu, tempat berlangsungnya acara Sepak Takraw.
Orang ramai telah dijemput bagi memeriahkan karnival tersebut.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, Mohd Fazri Yusof.-EDISI UKAS