Ahli Parlimen Lubok Antu Lakukan Kunjungan Raya Di Kampung Melayu Engkilili

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi mengadakan kunjungan muhibah sempena Hari Raya kedua di Kampung Melayu Engkilili, pada Khamis.

Beliau dan rombongan telah melakukan kunjungan Rumah Terbuka Aidilfitri di beberapa rumah di kampung tersebut.

Kunjungan dimulakan dengan mengunjungi rumah Penghulu Ahmad Suhaili Ahmad kemudian ke rumah Ketua Kaum, Harman Abdullah dan seterusnya ke rumah terbuka Awangku Sait.

Beliau juga tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka di Kampung Melayu Engkilili sebelum berangkat pulang.-EDISI UKAS