Ahli Parlimen Batang Lupar Rasmi Kejohanan Terbuka Bolasepak Piala Aidilfitri Kampung Maludam

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

PUSA: Kejohanan terbuka bola sepak Piala Aidilfitri telah berlangsung di Kampung Maludam, Pusa dengan kehadiran Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, pada Khamis.

Beliau turut merasmikan kejohanan ini dan menyantuni pasukan-pasukan yang terlibat serta menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar, Pusat Khidmat DUN Lingga dan Jawatankuasa Pembangunan Belia Maludam (JKPMB).

Sebanyak lapan pasukan dari kawasan Maludam, Semarang, Spinang, dan Simunjan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama empat hari.

Mohamad Shafizan turut berharap kejohanan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan rakyat di peringkat akar umbi.-EDISI UKAS