ADUN Meradong Meriahkan Sambutan Hari Raya Di Bintangor

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

BINTANGOR: Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyerahan sumbangan Hari Raya Tahun 2024 berlangsung dengan jayanya di Kampung Selemas Bintangor, Kampung Darul Falah Gemuan Bintangor dan Skim B Meradong, pada Khamis.

Program ini turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing serta isteri, Datin Kueh Nai Fun.

Dalam program sama, Datuk Ding telah menyerahkan Geran Khas kepada tiga kampung iaitu Kampung Selemas, Kampung Darul Falah Gemuan Bintangor dan Kampung Skim B Meradong.

Kampung Selemas Bintangor menerima sumbangan sebanyak RM3,500 termasuk sumbangan Hari Raya dan projek pintu, manakala Kampung Darul Falah Gemuan Bintangor menerima RM8,900 termasuk sumbangan Hari Raya dan projek pintu.

Sama juga dengan Kampung Skim B Meradong yang menerima RM2,800 termasuk sumbangan Hari Raya dan projek pintu.

Selain itu, Datuk Ding mengumumkan bahawa geran khas akan disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selemas Bintangor sebanyak RM3,000 serta JKKK Kampung Skim B Meradong sebanyak RM2,000 untuk menjalankan aktiviti tahunan.-EDISI UKAS