Dr Simon Lakukan Kunjungan Raya Di Tebedu

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


TEBEDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada mengetuai rombongan kunjungan Aidilfitri Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Rombongan beliau bersama pegawai-pegawai Pusat Khidmat DUN Tebedu mulai menziarahi rumah terbuka Hari Raya pada jam 4 petang di sekitar Kampung Tebakang Melayu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Parti PBB Cawangan Tebedu John David, Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kemin Rentap serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Tebedu. – EDISI UKAS