KUCHING: Atlet wushu kategori nanquan lelaki, Fung Tai Leong berjaya menghadiahkan pingat pertama kepada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.
Kutipan mata sebanyak 9.560 membolehkan beliau merangkul pingat gangsa di belakang negeri Perak.
Sementara itu, Melaka kekal unggul bagi acara ini apabila atlet negeri berkenaan, Bryan Ti Kai Jie berada di kedudukan selesa dengan kutipan mata sebanyak 9.600 sekaligus memastikan emas menjadi genggaman beliau.
Seorang lagi atlet wushu Sarawak, Vanness Lim Song Yi hanya mampu akur di kedudukan ke-11 dengan kutipan mata sebanyak 9.316.
Bagaimanapun, perjuangan Sarawak masih belum berakhir memandang acara wushu ini menawarkan enam yang akan direbut dalam kategori taijijian dan changquan yang turut berlangsung pada hari yang sama. - EDISI UKAS